Monday, April 26, 2010

Disebalik Tabir APCO di PRK Hulu Selangor


Barisan Nasional (BN) telah berjaya merampas kembali kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 1725 undi. Berbagai ulasan dan pandangan di berikan dan dimomokkan dengan berjayanya BN itu oleh media-media massa pengampu, samada akhbar atau tv.

Kejayaan BN ini boleh diteraskan sebagai hasil dari rasuah politik, janji-janji pembangunan, penganugerahan berbagai bentuk projek "mee segera" dan "sokongan" dari jentera kerajaan termasuk SPR, polis dan yang sewaktu dengannya. Jelas kesalahan-kesalahan dibawah Bahagian III, Perbuatan-Perbuatan Rasuah dibawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Akta 5)iaitu kesalahan Menjamu, Menyamar, Pengaruh Tak Berpatutan dan Penyogokan, secara terang dilakukan oleh BN tanpa memperdulikan undang-undang berkenaan. Perlanggaran undang-undang itu pula seperti direstui dan dibenarkan oleh SPR.

Peranan APCO sebagai perunding komunikasi yang dilantik oleh Najib/Kerajaan Malaysia BN juga menjadi salah satu faktor kemenangan BN. Penglibatan APCO samada secara langsung atau tidak langsung di PRK Hulu Selangor tidak harus diperkecilkan. APCO yang dipimpin oleh pelampau zionis yahudi memang mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk merangka strategi yang "cemerlang, gemilang dan terbilang" berpandukan maklumat risikan polis dan tentera yang dapat diakses "dengan mudah dan terhormat" oleh mereka. Strategi ini kemudiannya dilaksanakan oleh SPR atau pihak yang berkenaan.

Contoh, mengerakkan "pengundi hantu" yang ramai memerlukan penyusunan strategi yang halus dan cekap untuk memastikan mereka dapat mengundi di peti-peti undi yang ditentukan tanpa diketahui oleh PR. Pengurusan pengundi hantu ini tidak mungkin diatur oleh Ketua Bahagian atau ketua pemuda UMNO/BN kerana "tahap pemikiran" mereka tidak mencapai tahap yang diperlukan. Pihak yang berkaliber untuk melaksanakan "task" berkenaan ialah pihak yang mempunyai disiplin, sistem komunikasi yang baik dan tersusun, seperti Polis, tentera atau askar upahan (machinery).

Peranan dan penglibatan APCO di PRK Hulu Selangor harus diambilkira sebagai antara penyumbang kepada kekalahan Dato Zaid Ibrahim dan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya post-mortem PRK Hulu Selangor dilakukan nanti. Pakatan Rakyat juga harus membawa penipuan dan salahguna kuasa SPR ini ke pengetahuan Parlimen Komanwel dan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diatas pencabulan hak asasi manusia dan demokrasi.

No comments:

Post a Comment