Tuesday, May 4, 2010

Hadis Pilihan


Hadis Nabi Muhammad (s.a.w) yang bermaksud :-

"Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu/perkara yang diketahuinya maka dia menyembunyikannya nescaya pada hari kiamat kelak dia akan dikekang dengan tali kekangan dari api Neraka"

Jika diambil secara literal maka dapat difahami keperluan untuk seseorang yang mempunyai ilmu/pengetahuan berhubung sesuatu perkara maka dia hendaklah menyatakan akan hak/kebenarannya. Jika dia memilih untuk menyembunyikan ilmu/pengetahuannya berhubung perkara tersebut maka dia telah menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya. Alasan apa pun yang hendak diberikan untuk berdalih adalah merupakan suatu yang amat dilarang oleh Allah dan Rasul.

Persoalannya, adakah kita pernah menyembunyikan ilmu/pengetahuan/fakta tentang sesuatu perkara yang kita ketahui kebenarannya namun atas alasan yang berbagai maka kita memekakkan telinga dan membutakan mata demi menyembunyikan kebenaran tentang sesuatu perkara itu.

Demi bermuhasabah diri, kita perlulah memohon ampun dan bertaubat sekiranya kita pernah terlanjur melakukan apa yang dilarang oleh Rasulullah dan Allah khusunya dalam soal menyembunyikan ilmu yang kita ketahui akan nya. Mungkin kita terlupa bahawa apa yang kita sembunyikan pada hari ini maka ianya akan diketahui jua nanti di suatu hari. Mungkin kebenaran isu memali, isu APCO, isu rampasan kuasa di Perak, isu pembunuhan altantuya, isu komisen kapal selam dll akan terburai jua disuatu hari nanti. Ingatlah kebenaran tidak akan mampu dikuburkan selamanya.

No comments: