Monday, April 26, 2010

Disebalik Tabir APCO di PRK Hulu Selangor


Barisan Nasional (BN) telah berjaya merampas kembali kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 1725 undi. Berbagai ulasan dan pandangan di berikan dan dimomokkan dengan berjayanya BN itu oleh media-media massa pengampu, samada akhbar atau tv.

Kejayaan BN ini boleh diteraskan sebagai hasil dari rasuah politik, janji-janji pembangunan, penganugerahan berbagai bentuk projek "mee segera" dan "sokongan" dari jentera kerajaan termasuk SPR, polis dan yang sewaktu dengannya. Jelas kesalahan-kesalahan dibawah Bahagian III, Perbuatan-Perbuatan Rasuah dibawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Akta 5)iaitu kesalahan Menjamu, Menyamar, Pengaruh Tak Berpatutan dan Penyogokan, secara terang dilakukan oleh BN tanpa memperdulikan undang-undang berkenaan. Perlanggaran undang-undang itu pula seperti direstui dan dibenarkan oleh SPR.

Peranan APCO sebagai perunding komunikasi yang dilantik oleh Najib/Kerajaan Malaysia BN juga menjadi salah satu faktor kemenangan BN. Penglibatan APCO samada secara langsung atau tidak langsung di PRK Hulu Selangor tidak harus diperkecilkan. APCO yang dipimpin oleh pelampau zionis yahudi memang mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk merangka strategi yang "cemerlang, gemilang dan terbilang" berpandukan maklumat risikan polis dan tentera yang dapat diakses "dengan mudah dan terhormat" oleh mereka. Strategi ini kemudiannya dilaksanakan oleh SPR atau pihak yang berkenaan.

Contoh, mengerakkan "pengundi hantu" yang ramai memerlukan penyusunan strategi yang halus dan cekap untuk memastikan mereka dapat mengundi di peti-peti undi yang ditentukan tanpa diketahui oleh PR. Pengurusan pengundi hantu ini tidak mungkin diatur oleh Ketua Bahagian atau ketua pemuda UMNO/BN kerana "tahap pemikiran" mereka tidak mencapai tahap yang diperlukan. Pihak yang berkaliber untuk melaksanakan "task" berkenaan ialah pihak yang mempunyai disiplin, sistem komunikasi yang baik dan tersusun, seperti Polis, tentera atau askar upahan (machinery).

Peranan dan penglibatan APCO di PRK Hulu Selangor harus diambilkira sebagai antara penyumbang kepada kekalahan Dato Zaid Ibrahim dan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya post-mortem PRK Hulu Selangor dilakukan nanti. Pakatan Rakyat juga harus membawa penipuan dan salahguna kuasa SPR ini ke pengetahuan Parlimen Komanwel dan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diatas pencabulan hak asasi manusia dan demokrasi.

Saturday, April 10, 2010

Sape yang jadi pengadil


Baru habis menonton perlawanan bolasepak diantara Real Madrid dan Barcalona. Walau game agak tegang namun pengadil masih dapat mengawal keadaan. Apabila berlaku ketegangan antara pemain kedua-dua kelab maka pegadil akan mengadili dengan baik. Mana-mana pemain yang melakukan sebarang kesalahan maka pemain tersebut akan diberikan kad atau amaran tanpa ada sebarang pilih kasih atau bias diantara kedua-dua kelab. Pegadil simpanan berada diluar padang utk menjalankan tugas sambil dibantu oleh Pegawai keselamatan menjaga keadaan pegawai kelab terbabit dan penonton.
Pengadil yg bertugas akan memantau para pemain dan bertindak mengeluarkan kad atau amaran kepada pemain-pemain.

Senario atau keadaan didalam permainan bola dan pilihnaraya adalah mempunyai keadaan/senario atau peranan yg sama. Perbandingan boleh dibuat secara terus (literal) untuk membandingkan peranan pihak-pihak yg terlibat.Pemain-pemimpin politik, pengadil-SPR, pegawai keselamatan-Polis, adalah merupakan perbandingan yang mudah akan kesamaan dari segi peranan dan matlamat pihak-pihak yang dibandingkan itu.

Permainan bola dan pilihanraya mungkin boleh dibandingkan dan mempunyai kesamaan di Amerika Syarikat, Britain hatta Indonesia. Namun, untuk negara kita perbandingan tidak boleh dibuat kerana persamaan peranan dan matlamat hanya diatas kertas sahaja dan bukan amalanya. Di atas kertas, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bertindak sebagai pengadil atau pengendali keadaan tersebut. Polis pula bertindak sebagai penjaga keselamatan pihak-pihak iaitu pengundi, ahli politik dan pegawai yg menjalankan tugas didalam pilihanraya tersebut.


Namun hakikatnya, "pengadil dan pegawai keselamatan itu sama-sama bermain melawan pihak PAS, PKR atau DAP (Pakatan Rakyat (PR). SPR yg bertindak sebagai pengadil, hanya akan memberi amaran kepada pihak dari PR tidak kepada umno/BN. Polis pula akan "menahan atau mengikat kaki" PR bagi membolehkan umno/BN "memasukkan gol". Pengundi pula hanya dibenar "menonton dan mendengar" berita dari TV1, TV2, TV3 dan media perdana utama, Utusan Malaysia, the Star dan lain-lain lagi. Setelah itu, pemimpin umno/BN dengan dibantu Polis dan segala macam "hakmilik negara akan digunakan" untuk "memujuk dan mengugut" pengundi-pengundi supaya mengundi umno/BN sahaja.

Seandainya perkara tersebut berlaku di dalam padang bola sudah tentu akan menimbulkan ketidakpuasan hati dan mungkin akan berlaku pergaduhan. Cuba bayangkan, kalau berlaku kesalahan oleh pemain, maka pengadil, pengadil simpanan beserta pegawai keselamatan diluar masuk ke padang dan ambil tindakan terhadap pemain yang melakukan kesalahan tersebut. Sudah tentu keadaan jadi kelam kabut dan "kelakar pun ada".

Itulah perbandingan diantara bola dan pilihanraya di tanahair ku, PR bukan hanya perlu masuk bertanding dan berkempen dengan kengkangan yang terlalu teruk malahan terpaksa juga "berlawan" dengan "pengadil dan pegawai keselamatan". Makanya, timbul keadaan "kelam kabut dan huru hara" apabila berlaku sesuatu pilihanraya itu.Di PRK Hulu Selangor yg akan berlangsung pada 25-4-2010 akan mencatat sejarah baru dalam tanahair kita. Ini kerana, jentera umno/BN bukan hanya disertai oleh Polis, kakitangan kerjaan, SPR, FRU, Tentera malahan akan dibantu pula oleh ahli parlimen "katak" dan "jentera baru" iaitu APCO, Asiasoft, perisik Israel serta Amerika.

Inilah permainan "pilihanraya" di Malaysia yang bertaraf "galaksi" hebatnya.

Wednesday, April 7, 2010

APCO/Najib- Tiada Beban Batu digalas


Isu APCO-UMNO ini adalah merupakan suatu perkara yg perlu difikirkan oleh semua berhubung kesan dan natijahnya kepada negara dan rakyat malaysia semuanya.

Isu utamanya/pokok ialah kenapa Najib/umno melantik sebuah syarikat perunding yg ada hubungan dgn Israel dan diktator dunia secara langsung atau terlalu "dekat hubungan pihak-pihak tersebut". Perkaitan atau hubungan yg jelas ini boleh merobohkan kredibiliti negara sebagai sebuah negara dalam kelompok negara-negara islam. Juga dalam keadaan Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel. Hubungan ini boleh membawa kepada berbagai implikasi dan kesan kepada negara. Sebagai contoh, jika ada golongan ekstrem yg akan menjadikan negara kita sebagai sasaran mereka disebabkan hubungan dengan APCO/Israel adalah salah satu yg perlu diambilkira.

Teringat kata-kata seorang anakguam saya yg mengatakan bahawa hubungan baik antara Malaysia dengan APCO ini sebenarnya didalangi oleh Singapura yang berniat atau bercita-cita menjadikan seluruh kelompok ini menjadi "Negara sekutu Cina/Israel". Hujah beliau disokong dengan cadangan pembinaan landasan keretapi dari singapura hingga ke negeri Cina, keadaan politik yg tidak tenteram di Thailand. Wallahuallam kebenaran tersebut.

Seterusnya, perlantikan APCO oleh umno ini juga boleh membawa kepada isu keselamatan yg lebih besar kerana maklumat2 rahsia negara boleh di manipulasi atau digunakan oleh pihak yg tidak berkenaan. Di zaman ini sesuatu maklumat boleh dipindahkan hanya melalui internet, "thumbdrive" dan lain2 cara yg tersedia di alam siber. Apa akan jadi kepada negara kita jika maklumat tersebut dimanipulasi/guna oleh pihak berkenaan utk mencipta fitnah di dalam atau luar negara dan sekaligus boleh membawa kepada berbagai masalah, seperti pergaduhan kaum, agama dan peperangan dengan negara lain. Ini adalah antara risiko yg perlu difikirkan dan ianya bukan suatu yg mustahil jika dilihat "peranan dan tingkahlaku" pengemudi APCO tersebut.

Kesimpulannya, isu APCO/UMNO ini bukanlah suatu soal yg remeh atau soal Pakatan Rakyat mencari kesalahan umno/BN tetapi ianya adalah soal maruah, keselamatan dan kelangsungan negara kita sebagai sebuah negara yg berdaulat dan merdeka. Sehingga waktu tulisan ini dibuat, masih belum kedengaran sebarang tindakan berhubung isu APCO/UMNO ini akan ditangani oleh Najib dan sekutu2nya.

Kepada semua, ayuh kita fikirkan langkah yang sesuai yg boleh diambil sebagai rakyat disebuah negara demokrasi ini. Sekurang2nya kita boleh melakukan sembahyang hajat semoga kita dijauhi dari segala bala' dari Allah atas kecuaian najib/umno ini.

Friday, April 2, 2010

Demo Minyak di KLCC

Hidup sebagai orang PAS

Kehidupan selalunya dirasakan sebagai hak seseorang tetapi ianya adalah merangkumi semua hak yang berkaitan. Hak hidup sebagai orang PAS sebagai contoh adalah pilihan seseorang dan ianya harus dihormati oleh kerajaan terutamanya di Malaysia yg mengamalkan sistem domekrasi. Tetapi jarang hak ini diakui terutamanya oleh umno.

Kita di Malaysia ini terdapat undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan yg digunapakai namun tidak diamalkan. Sebagai contoh, soal berhimpun atau demonstrasi. Ianya adalah suatu hak yg di jamin dibawah Perlembagaan Persekutuan namun pihak berkuasa lebih mengutamakan Akta Polis bagi menghalang hak berhimpun atau demonstrasi itu dengan menguatkuasakan soal permit. Persoalannya, yang mana lebih tinggi untuk digunapakai (dalam soal berhimpun/demontrasi) adakah Perlembagaan Persekutuan atau Akta Polis.

Itulah antara contoh perlanggaran undang-undang yg nyata di Malaysia. Namun ianya direstui dan diamalkan secara berleluasa dan berterusan sejak dulu hingga kini. Harapan diletak kepada Pakatan Rakyat untuk mengubah fenomena tersebut. Moga-moga dengan izin Allah, ianya akan dapat dicapai walau memerlukan pengorbanan yg perlu dibayar demi mencapainya.