Tuesday, May 11, 2010

Kesukaran Sebagai Ahli PAS


Alhamdulillah, atas hidayat dan rahmat oleh Allah maka kita terpilih sebagai seorang islam muslim yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. Keislaman seseorang itu hendaklah juga diikuti oleh keimanan demi untuk menjadikan seseorang itu Islam yang beriman atau sebaliknya. Rukun Islam ada 5 perkara manakala Rukun Iman mempunyai 6 perkara yang perlu dipercayai dan diikuti oleh seorang islam itu; iaitu Percaya kepada Allah, Percaya kepada Rasul, Percaya kepada Al-Quran, Percaya kepada Malaikat, Percaya kepada Hari Akhirat dan Percaya Qada' dan Qadar.

Mereka yang dipilih oleh Allah untuk menentang kebobrokan dan kejahatan yang dilakukan oleh UMNO/BN adalah merupakan golongan yang diberi taufik dan hidayah. Keimanan bagi mereka yang islam pula akan diuji dengan tahap "kepercayaan terhadap rukun iman" adalah merupakan asas untuk menjadi ahli PAS. Kesukaran yang dihadapi oleh mereka yang menjadi ahli PAS sering kedengaran dan dirasai dalam kehidupan seharian kita. Kesukaran ini bukanlah benda baru kerana setiap perjuangan menegakkan agama Allah yakni Islam akan tentu ditentang oleh golongan sekular atau orang kafir ataupun orang munafik. Berbagai bentuk kesukaran, kesusahan akan diletakkan dan dimomokkan kepada kita, antaranya, disusahkan permohonan permit ceramah, ditembak gas dan air semasa demonstrasi (demontrasi adalah asas demokrasi), ditangkap dan dihumban ke Kem Kemunting (ISA)dan byk lagi kesukaran yang lain.

Namun, hanya dengan keimanan dan kepercayaan kepada Allah sahaja yang akan membolehkan kita istiqamah dalam perjuangan islam demi menegakkan syiar dan hukum Allah. Sekiranya tiada keimanan maka kita akan menjadi seperti mereka yang melompat demi wang, pangkat dan kuasa. Kita juga akan menjadi penentang agama Allah jika tiada keimanan di hati dan diimani sepenuhnya hasil ilmu dan pengetahuan terhadap Islam melalui al-quran diperteguhkan.

Kekadang kedengarn pernyataan yang seakan-akan menyalahkan qada' dan qadar apabila kita menghadapi kesukaran atau kekalahan dalam pilihanraya. Ini kerana kita tidak mempercayai dan mengimani rukun iman sepenuhnya tanpa ada kekosongan walau sedikit. Itu sebabnya, kita perlu merujuk kepada al-quran dan hadis apabila berlaku apa-apa jua kesukaran atau ujian terhadap diri. Allah telah menyatakan bahawa kita tidak akan terpesong dari islam sekiranya kita berpegang teguh dan mempercayai al-quran dan hadis nabi (saw).

Kita perlu menyakini bahawa sesuatu kesukaran, ujian, halangan dan sebagainya adalah suatu yang perlu dihadapi dan ditentang demi mempertahankan iman dan perjuangan, bukannya melarikan diri. Allah telah berfirman bahawa :-

" Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Surah Ash-Sharh: 5)

Sebagai rakyat Malaysia dan ahli/penyokong/pendokong PAS maka kita perlu berhadapan dengan orang UMNO/BN ini secara hujah dan fakta namun mereka ini akan cuba untuk menyusahkan kita dari segala genap penjuru. Kadang-kala kita akan dicaci cerca, difitnah dan ditangkap hanya kerana kita memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui perjuangan PAS. Kekadang kita terfikir kenapa orang umno yg mengaku melayu islam tidak menerima hujah dari ayat al-quran dan hadis nabi. Malah mereka mempermainkan hukum Allah secara terang seperti meluluskan lesen judi, lesen arak, rasuah dan hukum hudud dijadikan senjata untuk menakut-nakutkan orang bukan islam dan orang islam sendiri. Mengapa orang umno dan pemimpin mereka boleh mempersendakan hukum allah dan ayt-ayat suci al-quran demi mempertahankan kuasa hingga sanggup melakukan fitnah dan sebagainya yang dilarang oleh Allah.

Kita akan lebih memahami senario itu berdasarkan firman Allah didalam dalam Surah Yasin (ayat 9), yang bermaksud :-

" Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan singkatnya masa dunia yang ada) dihadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) dibelakang mereka (pada hari kiamat), lalu Kami tutup pandangan mereka, maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar".

Semoga kita akan terus berjuang bersama PAS demi memperjuangkan agama Allah/Islam di bumi Malaysia ini walau beribu malah berjuta halangan, kesukran dihadapi. Balasan syurga adalah janji Allah kepada pejuang-pejuang agamanya dan ingatlah, penentangan dan kesukaran juga dihadapi oleh Nabi Muhammad (saw) maka kita juga tidak akan terkecuali. Tetapkan keimanan kita dan semoga perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam akan tercapai jua akhirnya kelak.

No comments:

Post a Comment