Monday, May 31, 2010

Israel - Kejam dan tidak berperikemanusiaan



Hari ini (Isnin, 31-5-2010) kerajaan haram Israel telah menunjukkan sikap kejam, tidak menghormati undang-undang dan sikap "binatang" mereka dimana tentera Isarel telah menyerang kapal MV Mavi Marmara di perairan antarabangsa menggunakan peluru hidup. Kapal Mavi Marmara sedang dalam pelayaran ke Gaza dengan membawa lebih kurang 600 aktivis dan orang awam yang tidak bersenjata dari seluruh dunia dan 10,000 tan barang-barang bantuan untuk diserahkan kepada penduduk Gaza yang menghadapi sekatan Isarel sejak 3 tahun lepas. Kapal Mavi Marimara turut disertai beberapa kapal lain yang terlibat dalam Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza.

Serangan tersebut telah membunuh (setakat artikel ini ditulis) 20 orang aktivis iaitu 6 orang dari negara Turki dan selebihnya dari negara lain. Seramai 50 hingga 80 orang aktivis dilaporkan cedera. Setakat ini Malaysia masih membisu berhubung serangan Isarel tersebut, mungkin APCO tidak membenarkan Najib atau kerajaan BN dari membuat sebarang bantahan apatah lagi untuk menghantar bantuan.

Dimana sifat perihatin yang ada pada diri kita apabila melihat saudara islam atau agama lain dibunuh dan dicederakan disebabkan hanya ingin membantu penduduk Gaza/Palestin. PAS akan menghantar satu memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang jam 12 tengah hari esok (1-6-2010, hari Selasa) berhubung serangan tentera rejim Israel ke atas Konvoi Kapal Freedom Flotilla. Disamping itu, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan demonstrasi aman mengutuk tindakan Isarel dihadapan kedutaan Amerika Syarikat pada 4-6-2010 (hari Jumaat) akan datang ini.

Tindak tanduk kerajaan UMNO/BN dijangka tidak akan melakukan apa-apa bantahan atau mengutuk tindakan Israel tersebut. Surat kepada Najib untuk memangil sidang khas Parlimen untuk memikirkan tindakan selanjutnya oleh Malaysia mungkin tidak akan diadakan. Sikap UMNO/BN yang sanggup mempertahankan perlantikan APCO selaku penasihat Najib adalah jelas menunjukkan sikap UMNO/BN yang hanya berlakon soal Gaza/Palestin ini.

Kepada mereka yang beragama Islam, lakukanlah solat Hajat untuk memohon kepada Allah agar diselamatkan aktivis-aktivis yang terlibat dalam penghantaran bantuan ke Gaza dan semoga dihancurkan kerjaan Isarel laknatullah ini. Hanya kepada Allah tempat untuk kita mengadu dan memohon pertolongan. Harapan untuk negara kita menghantar bantuan atau mengutuk tindakan Israel ini adalah ibarat "menunggu kucing bertanduk".

Ayuh kita turun beramai-ramai pada 4-6-2010 untuk menyatakan kutukan dan kebencian kita diatas tindakan serangan Israel itu. Semoga penyertaan kita nanti akan mendapat rahmat dan pahala dari Allah Yang Maha Esa. Ingatlah amaran Allah dalam surah Ash-Sharh: ayat 5, yang bermaksud "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tipa-tiap kesukaran disertai kemudahan".

Kita juga berdoa semoga mereka yang telah meninggal dunia dan beragama Islam akibat serangan Israel terhadap kapal MV Mavi Marimara akan diterima oleh Allah sebagai para syuhada disisi-Nya.

No comments:

Post a Comment