Monday, May 17, 2010

Gerakan Zionis- Kejahatan Ciptaan Bangsa Yahudi


Dari segi bahasa, zionis diambil dariperkataan "Zion" (nama sebuah bukit di Baitulmaqdis)yand membawa tafsiran "tanah air mereka yang merangkumi Haikal Sulaiman, Jerusalem dan lain kawasan yang kononnya warisan mereka. Dari segi istilah, Zionis merupakan satu pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh bangsa Yahudi dari semua aliran. Istilah ini dicipta oleh Nathan Bimbaum pada tahun 1893.

Matlamat utama Zionis adalah untuk menegakkan satu negara bangsa Yahudi di Palestin dengan apa jua cara, paksa, kasar atau kejam sekalipun. Pelopor gerakan Zionisme ialah Theodor Herzl, yang menyusun doktrin Zionisme sejak 1882, yang dicatat dalam bukunya "Der Judenstaat" (Negara Yahudi) (1896. Kongres Zionis Sedunia pada tahun 1897 diadakan di Basel, Swisszeland. PBB pada persidangannya pada tahun 10 Disember 1975 telah menyamakan Zionisme dengan diskriminasi kaum. Namun resolusi PBB tersebut telah dicabut kembali pada 16 Disember 1991.

Masjid Al-Aqsa menjadi rebutan dan idaman Yahudi disebabkan pegangan mereka bahawa kawasan Masjid Al-Aqsa adalah tanah yang dianugerahkan kepada Nabi Ibrahim a.s dan keturunanya dan menjadi tempat Nabi Musa a.s bertapak. Tempat tersebut juga menjadi lokasi kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Yahudi menganggap Palestin yang menganjur dari Sungai Jordan hingga ke Laut Mediterranean sebagai tanah milik mereka berdasarkan peristiwa nabi-nabi ini.

Allah telah berfirman dalam Surah al-Maidah: 78-79, yang bermaksud:-

" Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (didalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam, Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), Yang mereka lakukan. Demi Sesungguhnya amatlah buruknya apa Yang mereka telah lakukan"

Peranan Sebagai Umat Islam

Perbuatan Yahudi ini dalam menyerang dan menghancurkan bumi Palestin termasuk Gaza tetap akan terus dilakukan oleh mereka tanpa ada belas ehsan dan penuh kekejaman. Kita selaku umat yang mengaku beragama Islam haruslah mempertahankan bumi Palestin termasuk Masjidil al-Aqsa diatas apa yang dinyatakan didalam al-quran dan hadis nabi. Masjid al-Aqsa adalah merupakan kiblat pertama dan tempat Nabi Muhammad (saw) melakukan mikraj ke langit dalam peristiwa Iskraj Mikraj.

Firman Allah yang bermaksud " Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" (surah Al-Isra:1).

Perjalanan atau mikraj Nabi Muhammad (saw) yang dimulai dari masjid al-Aqsa merupakan peristiwa paling bersejarah bagi umat Islam. Dari kawasan batu itu Nabi Muhammad (saw) diangkat ke langit dalam peristiwa Isra' Mikraj. Antara lainnya, binaan kubah itu menempatkan batu tergantung yang menyaksikan sejarah sejak zaman nabi Ibrahaim as hingga kepada nabi Muhammad (saw). Nabi Ibrahim as meletakkan Nabi Ismail as untuk dikorbankan. Kawasan itu menjadi tempat Nabi Isa as hidup dan berdakwah.

Peranan Umat Islam di Malaysia

Sebagai mereka yang mengaku sebagai umat Islam maka kita juga hendaklah bersam-sama mempertahankan bumi Palestin itu. Kita juga hendaklah juga menolak sebarang bentuk kerjasama atau hubungan dengan negara haram Israel, ini langkah didalam polisi luar negara kita yang melarang hubungan diplomatik dan kita diharamkan dari melawat negara haram itu seperti yang dicetak didalam pasport Malaysia.

Namun, tanpa kita sedari pemimpin negara kita telah lama berhubungan "intim" dengan syarikat-syarikat milik Yahudi ini, dimulai dengan perlantikan satchi & satchi oleh mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Muhammad dan kini diikuti oleh anak didik beliau iaitu Dr. seri Najib yang melantik APCO Worldwide sebagai "Perunding Imej" beliau. Perbuatan UMNO/BN melantik APCO yang merupakan syarikat yang berkepentingan Yahudi dan ditadbir serta diuruskan oleh bangsa Yahudi berkefahaman Zionis ini telah didedahkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Perlantikan ini hendaklah ditentang oleh semua umat manusia yang mengaku dirinya sebagai orang Islam yang beriman.

Terlalu banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad (saw) yang telah menceritakan perangai jahat dan busuk bangsa Yahudi ini. Adakah UMNO dan Najib hendak mengatakan secara tersirat bahawa dia lebih mengetahui dari Allah dan Nabi Muhammad (saw). Ingatlah, bahawa Allah telah memberikan ingatan yang banyak didalam al-Quran berhubung perkara ini, jangan nanti negara kita menjadi bumi yang dilaknat oleh Allah diatas perbuatan kita membiarkan "bangsa pembunuh rakyat Palestin" ini menjadi penasihat kepada UMNO/Najib. Mereka yang terlibat didalam APCO adalah mereka yang pernah secara langsung menjadi "pembunuh rakyat Palestin" yang menyayat hati seluruh umat manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud " Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya" (Surah al-An'aam: 123)

Antara kekejaman Yahudi yang dahsyat ialah pada 15-18 September 1982 dimana seramai hampir 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon yang diketuai oleh Ariel Sharon. Ianya bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik..." (surah al-Maidah: 82)

Akhirnya, ingatlah firman Allah dalam surah al-Nahl:61, yang bermaksud

" Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan"

No comments:

Post a Comment